Berjalan dia disekitar syurga, melihat keindahan yang disediakan oleh Pencipta untuknya...
melihat burung burung bebas beterbangan dilangit sambil berkicau menceriakan suasana
mendengar desiran air di sungai yang tidak tahu puncanya.
sambil menjeling mata ke arah bumi yang jauh disana
sungguh indah dan cantik syurga ini..terasa tenang lagi damai dihati...
itulah yang didambakan setiap insan didunia..
namun, hakikatnya dia lah insan yang pertama di ciptakan oleh Dia Yang Maha Kuasa...
Menjadi lumrah penciptaan, manusia yang diberi nama Adam a.s..
yang sudah terbukti diperbuat daripada tanah
tidak dapat lari dari perasaan sunyi dihati
Begitulah sempurnanya Manusia yang diciptakan oleh Allah Taala
Melakukan perkara yang sama, iaitu berjalan sendirian tanpa teman tiap saat dan masa
begitulah rutin harian, hari demi hari, sehinggalah bertahun lamanya.
Diperhati olehNya Yang Maha Pencipta, melihat sambil mengamati telatah khalifah yang diberi nama Manusia iaitu Adam a.s ...
Sesungguhnya Dia Lebih Mengetahui apa yang tersirat lagi terkandung dibenak hati si Adam..
Sedang ia tidur,dibuai mimpi yang indah Dia telah mengutuskan Malaikat untuk mencabut tulang rusuk kirinya untuk menciptakan pasangan untuk Adam bagi mengubat kesunyian...
Diciptakan Hawa buat pasangan Adam, dilengkapi dengan sifat sifat yang sangat terpuji dan digilai...
Lemah Lembut,Pemalu, Cantik budi pekerti, merdu dan tersusun bicara membuatkan lagi Adam menggilai setiap masa setiap pandangan..
Tidak lain yang difikirkan untuk mendapatkan si Hawa walau apa jua rintangan ..
Begitu kegilaan yang dihadapi oleh Si Adam terhadap Hawa
Terciptanya Hawa, telah menceriaka lagi kehidupan Adam
Menjalani hari keesokkannya dengan tidak sabar
Semata -mata untuk menemu dan berbicara dengan Hawa..
Datangnya arahan dari Dia untuk menikahkan mereka berdua, bagi melengkapi kehidupan dunia
Sungguh Bahagia tidak terhingga, meniti kehidupan dengan penuh bermakna......
Datangnya senda gurauan, gelak tawa, nangis bersama begitulah mereka pasangan bahagia...
Menceriakan suasana di taman syurga, di binggitkan suasana dengan usikan manja...
Saling lengkap melengkapi, menjadi amalan...
Begitulah manusia, yang diberi nama Adam dan Hawa...
Fallen Angel
5 years ago
No comments:
Post a Comment