Tuesday, March 30, 2010

aDaM dAn HaWa...

Berjalan dia disekitar syurga,  melihat keindahan yang disediakan oleh Pencipta untuknya...
melihat burung burung bebas beterbangan dilangit sambil berkicau menceriakan suasana
mendengar  desiran air di sungai yang tidak tahu puncanya.
sambil menjeling mata ke arah bumi yang jauh disana
sungguh indah dan cantik syurga ini..terasa tenang lagi damai dihati...
itulah yang didambakan setiap insan didunia..
namun, hakikatnya dia lah insan yang pertama di ciptakan oleh Dia Yang Maha Kuasa...

Menjadi lumrah penciptaan, manusia yang diberi nama Adam a.s..
yang sudah terbukti diperbuat daripada tanah
tidak dapat lari dari perasaan sunyi dihati
Begitulah  sempurnanya Manusia yang diciptakan oleh Allah Taala

Melakukan perkara yang sama, iaitu berjalan sendirian tanpa teman tiap saat dan masa
begitulah rutin harian, hari demi hari,  sehinggalah bertahun lamanya.

Diperhati olehNya Yang Maha Pencipta, melihat sambil mengamati telatah khalifah yang diberi nama Manusia iaitu Adam a.s ...
Sesungguhnya Dia Lebih Mengetahui apa yang tersirat lagi terkandung dibenak hati si Adam..
Sedang ia tidur,dibuai mimpi yang indah Dia telah mengutuskan Malaikat untuk mencabut tulang rusuk kirinya untuk menciptakan pasangan untuk Adam bagi mengubat kesunyian...
Diciptakan Hawa buat pasangan Adam, dilengkapi dengan sifat sifat yang sangat terpuji dan digilai...
Lemah Lembut,Pemalu, Cantik budi pekerti, merdu dan tersusun bicara membuatkan lagi Adam menggilai setiap masa setiap pandangan..
Tidak lain yang difikirkan untuk mendapatkan si Hawa walau apa jua rintangan ..
Begitu kegilaan yang dihadapi oleh Si Adam terhadap Hawa
Terciptanya Hawa, telah menceriaka lagi kehidupan Adam
Menjalani hari keesokkannya dengan tidak sabar
Semata -mata untuk menemu dan berbicara dengan Hawa..
Datangnya arahan dari Dia untuk menikahkan mereka berdua, bagi melengkapi kehidupan dunia
Sungguh Bahagia tidak terhingga, meniti kehidupan dengan penuh bermakna......
Datangnya senda gurauan, gelak tawa, nangis bersama begitulah mereka pasangan bahagia...
Menceriakan suasana di taman syurga, di binggitkan suasana dengan usikan manja...
Saling lengkap melengkapi, menjadi amalan...
Begitulah manusia, yang diberi nama Adam dan Hawa...

Wednesday, March 17, 2010

Permainan Dunia..

Kemewahan, Kecantikan, Pangkat...
itulah senjata buat segala galanya pada kehidupan ini...
matlamat yang dijunjung..adalah mencari keseronokan...
keseronokan yang hanya sementara..
tiada yang kekal, melainkan keseronokan sementara..

Begitu Cetek pemikiran kini..begitu jahilnya manusia kini..
yang masih mencari cahaya kehidupan..
disangkakan cahaya keseronokan yang dikecapi itu sudah menjelma.....
namun itulah tanggapan bodoh semata mata..

Usia Muda, aku mencari..melihat, memerhati permainan dunia..
permainan si lelaki dan wanita...
berdasarkan pengalaman diriku..pengalaman teman teman dan kaum kerabatku..

Berkongsi cerita dan pengalaman yang hampir sama..itulah segalanya yang menyingkap seribu rahsia...
Dulu, aku pernah terduduk menyesali dgn apa yang berlaku....
Namun, kini..aku berjaya mematangkan diriku
Mengenali dunia yang sedang kuhadapi...
Sungguh bertuah diriku..kerna masih diberi peluang untuk melihat kebenaran.......
Tidak diperbodoh bodohkan dengan permainan mereka dan dia...
Kini, aku ketawa dan tersenyum..
melihat dan menyaksikan sejauh mana permainan itu dimainkan..dan masih menanti siapakah juaranya dalam kehidpan ini....
Adakah yang dianiya atau mereka yang menganiaya...
Percayalah...

Kehidupan kita adalah seperti jalan raya..yang punyai undang undangnya..
sepanjang perjalanan, banyak keretanya...yang menjadi halangan untuk kita smpai ke destinasi....
dan lampu isyarat itu merupakan suatu peringatan buat kita untuk berjaga agar tidak berlanggar dan bertembung sesama sendiri
sekiranya kita gagal mematuhi undang jalan raya..masakan hukum dunia kita ikuti?
....adakah kita berjaya untuk selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan hati dan keadaan yang selamat?..tepuk dada tanya hati..tiada yang selamat melainkan mereka yang jujur dalam kehidupan ini..

Kebenaran

Hari telah berlalu, jam masih berjalan..
namun...ia tetap sama...
usia semakin maju, bukan lagi mundur..
membawa erti sebenar kehidupan...

Namun aku masih tidak lagi berhenti berfikir..
sejauh mana jalan cahaya membawa diriku pergi..
dan sejauh manakah kegelapan menghantui diriku
yang masih mencari sinar kehidupan...

Berjalan aku,menatapi dan meratapi...
terlalu serabut pemikiran ku..
terlalu kusut hatiku.
tiada siapa yang tahu,
dan tiada siapa yang mengerti..

Aku menghitung hari, menghitung umurku..
menghitung jalan kehidupanku..
sejauh mana?
aku masih berfikir dan terus akan berfikir...
kerna diriku...
masih tidak punyai apa apa..

Masih tidak ada lagi untuk ditunjuk dan dibanggakan...itulah aku kini..
yang masih mencari dan terus mencari..........
jalan kebenaran diriku...
Berserah Aku pada Allah Yang Esa..
hanya Dia Lebih Mengetahui...