Tuesday, November 24, 2009

Hari Keramat....


Dulu...
Kini...
segalanya telah berubah....
telah mengubahku...
dari yang lurus, kepada yang bengkok
dari yang mulia menjadi kejam...
dari yang baik, berubah menjadi kurang baiknya,,,,

aku tidak akan menjadi begini, sekiranya itu tidak pernah terjadi dalam hidupku,
dan aku juga tidak akan jadi sebegini, sekiranya aku tidak dihantui dengan sejarah silamku...
Aku masih tertanya tanya, dimanakah silapku, dimanakah cacat celanya aku....
Aku ingin mengubah dan mahu berubah...
namun, aku tidak bisa untuk mengubah masa dan waktu..
kerna bagiku, masa yang lalu itulah penghabisan dan titik nokhtah bagi kehidupanku...
aku juga tidak bisa bangun dan berdiri tegak seperti dahulunya...


Hina...
Kotor....
Berdosa..
dengan apa yang telah ku lakukan dulu dan sekarang...

Betapa berdosanya aku di muka bumi ini,
betapa jahilnya aku terhadap diriMu,
betapa kejamnya aku terhadap diriku sendiri,
kejamnya aku terhadap kaum keluargaku,
agamaku, orang disekelilingku..

Adakah aku masih berpeluang untuk mendapat kemaafan dariNya?
adakah masih ada tempat untuk aku kembali bersama keluarga dan rakan tercinta?
adakah masih ada jalan lurus buatku untuk meniti kekosongan ini?
adakah masih ada 'aku' dahulu pada ketika ini?

Aku tidak tahu apakah sebenar hala tujuanku,
Ya benar,
aku gembira kehidupan ku kini..
kerna tiada sesiapa mampu menghalang perjalanan dan perbuatanku,
tiada juga yang menghalang sebarang keputusanku...
namun....
dijauh dilubuk hatiku ini...berasa sunyi dan kosong...
adakah ini petandanya aku tidak mendapat Hidayah daripadaNya?

Membentak hati ini mencari jawapan,
ingin ku kapai cahaya bintang dilangit untuk mendapatkan sinar kehidupan...
ingin ku tagih simpatiMu,
yang telah lama Kau lupa..

Siapakah aku disisiMu?
Siapakah Kau disisiku....
Aku masih mencari jawapan setiap apa yang berlaku disebalik kejadianMu ini...
Adakah ini balasanMu terhadap kesalahanku yang lalu...

Ya Allah, Ya Tuhanku,
aku bermohon padaMu..
Ya Rahman, Ya Rahim...
Kaulah tempat aku bergantung dan berharap..
tiada yang dua dan ketiga buatMu Ya Aziz....
Ampunkanlah segala dosa dan silapku selama aku menjadi hambaMu
Dan ampunkalah dosa Ibu bapaku , dan kaum seagamaku..
Berikanlah aku petunjukMu sepertimana Kau berikan kepada hambaMu yang lain,
Tiada tempat lain kubermohon dan berserah...
Hanya Dirimu Yang Maha Mendengar lagi Pengampun....
Luruskanlah diriku dilandasan yang betul..
Berikanlah Aku kekuatan seperti pada mulanya Ya Allah...
Tiada lagi yang boleh kubicarakan dengan kata kata,
Hanya kau Lebih Mengetahui
setiap arah perjalananku
setiap apa yang  kufikirkan
setiap apa yang kulafazkan
Dengan kalimah Laillahaillallah Muhamadurasullah.

Friday, November 20, 2009

Tiada lagi dari ku....


Tiada lagi dari ku.........
tiada lagi kasihku terhadapmu,
tiada lagi cintamu buat ku,
tiada lagi senyuman manisku,
tiada lagi pandangan ihsan buatmu..
yang pernah dulu bertakhta dihati ini..

Dulu,
kita pernah berkongsi gelak tawa bersama,
menghiburkan hati tika berduka,
namun...kini...tinggal kenangan.......


Jangan diratapi sesuatu yang telah berlalu,
jangan ditangisi kerana apa yang terlepas di genggaman,
kerna yang pergi itu hanya akan terus pergi tanpa perlu diratapi ......

Dulu, kita sentiasa bertukar cerita bagi mengwujudkan suasana yang riuh..Namun, kini...hanya terdiam dan kaku hingga akhirnya....

Dulu, aku sentiasa merindui dirimu, dimana jua kau berada,
kerna kau lah pengarang jantung buatku...
Namun, kini....sungguh berbeza.....

Tiada lagi isillah rindu buatmu..
yang pernah melukakan aku..
yang dulunya tidak pernah menghargai kehadiranku disisimu...
Mengapa perlu kau sesali, sedangkan dulu kau langsung tidak mempeduli...

Tidak perlu kau hadir lagi dalam hidupku...
tidak perlu kau bermohon ampun denganku..
kerana Cintaku untuk mu, hanya sekali itu...
tiada yang kedua, dan tiada yang ketiga...

Aku mungkin tidak sebaik yang kau fikirkan,
namun...
setiap apa yang kau lakukan..
iaitu menguris perasaan dalamku..
telah kuampun, dunia dan akhirat...
hanya menunggu keampunan dari Dia Yang Maha Esa...


Biarlah aku pergi dari hidupmu,
kerna itulah yang terbaik buatku..
biarlah aku hilang dari pandangamu,
kerna sebak baik pandangan, ialah jauh dari matamu....

Sunday, November 15, 2009

nostalgia....


Teringat aku...
teringat aku pada mereka...
teringat aku pada gelak ketawa,
teringat aku pada kenangan bersama..

Tika aku bersimpuh ditangga rumah usangku..
aku dibinggitkan dengan gelak tawa,
lalu mata memandang adik- adik ku yang masih kecil
yang sedang bermain bersama.

Melihat mereka gembira bermain bersama,
di ikuti dengan ketawa dan tangisan manja,
Menginginkan pujukan dan perhatian dari ku
Iaitu dari seorang kakak yang sulung

Terukir senyuman disebalik raut wajahku,
namun, hati aku berasa hiba mengenangkan penghidupan ini...
Kerna akulah bapa, dan akulah ibu..
akulah abang dan akulah kakak..
tiada yang khusus bagi gelaranku,
tiada yang tidak bisa ku pikul buat mereka yang ku sayangi,
merekalah harta, mereka lah senjata,
merekalah sumber kekuatan ku
dan mereka lah pelita ku
bagi aku meniti terowong yang gelap ini
sehingga kini ...
aku berjaya mengotakan janjiku terhadap ayah dan bonda


Tanpa kusedari, air mata membasahi pipi,
mengenangkan arwah ayah dan bonda,
yang meninggalkan kami buat selama lamanya...
Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah kisah pemergian mereka
yang meninggalkan kami teresak esak tanpa kata -kata

Meskipun tiada kata terakhir dari mereka,
namun aku tahu, kedua dua orang tua ku akan mengucapkan ini
'Ati, jagalah adik-adikmu seperti nyawamu sendiri, seperti merekalah jantung dan merekalah darahmu'
Itulah kata kata yang sentiasa diungkapkan oleh mereka ditelinga ku
yang telah semati dengan jiwa dan nafasku.
Berjujuran lagi airmata mengenangkan pelukan dan ciuman dari mereka yang kini telah tiada...

Mahu aku menjerit dan berteriak sekuat hati
bagi meluahkan apa yang terbuku,
namun,
hanyalah sia sia,
kerna yang pergi tidak akan kembali..

Sekiranya ku mampu untuk bersemuka dengan mereka,
akan ku luahkan apa yang tersimpan lagi terbuku dilubuk hati kecilku...

Ibu, ati rindu dekat ibu,
Ati sayang ibu,
Ati nak peluk dan kucup ibu,
Ati nak tatap wajah ibu
siang dan malam,
Ati dah lama tak makan masakan ibu,
Ati nak sujud kaki ibu ayah, minta keampunan selama Ati menjadi anak ibu,
Ibu... ayah...
Ati berharap agar suatu hari nanti kita dapat hidup bersama,
meskipun di lain kelahiran
Kerna Ati bersyukur Ati dilahirkan di keluarga ini...
memiliki orang tua seperti ayah dan ibu
maafkan Ati..........

Kini,
aku bukan seperti dulu..
aku telah berjaya mendidik adik adikku mencipta kejayaan
dan aku kini telah berjaya menyahut cabaran orang disekelilingku
yang sejak dulu tidak percaya dengan diriku...
untuk membawa adik adik ku hidup berjaya...

Aku bukan lagi  seorang anak gadis,
yang hanya mampu menangis teresak esak di bilik
yang dulunya termenung mengenangkan nasib..
kerna kini,
aku bergelar wanita yang berjaya membina karier
yang tidak bisa dibayangkan oleh orang orang sekelilingku..

Aku...
telah diinspirasikan dengan kekuatan doa ayah dan bonda
yang jauh mendoakan kebahagian dan kecemerlangan kami sekelurga..
untuk berdiri dikaki sendiri,
tanpa mengharapkan belas ihsan orang..
dan aku kini juga,
berani tampil maju kehadapan
tanpa menghiraukan orang dihadapanku
dan aku sudah bersedia, untuk menerima segala cabaran,
kerna aku tahu Dia, ayah dan bonda sentiasa berada di sisiku...


Tiada lagi cacian, makian yang ku terima
Tiada lagi kesusahan, dan kesengsaraan yang ku hadapi
kerna, sumber kekuatanku berada didepan mata,
iaitu, adik adikku yang disayangi,,,
merekalah jantung dan merekah darahku,
dan nafasku, berserta Kalimah Allah S.W.T

Thursday, November 12, 2009

............


Sinaran mentari pagi menyinari diri,
terasa hangat menyelubungiku
terdengar kicauan burung membisingkan telinga
dengan pandangan dipenuhi kehijauan

sudah lama ku tinggalkan,
suasana yang sunyi sepi,
diterangi dengan flora dan faunanya
terdetik dek akal, masih adakah suasana sebegini?

jika ku tahu, di sini adanya,
akan ku kunjungi tika aku berduka,
akan ku habiskan masaku yang lalu,
agar hati aku tenang dengan melihat kebesaranNya..

Memang benar kata orang,
tidak ada cacatnya dengan pandangan hasil ciptaanNya,
sekiranya kita tahu bagaimana melihatnya dengan mata hati...

Betapa kerdilnya kita disisiNya,
betapa kejamnya kita terhadap diriNya,
kejamnya kita kerana telah membutakan mata hati
untuk melihat keagungan kebesaranNya..

Mengapa kita diangkat olehNya sekiranya kita tidak tahu mensyukuri setiap apa yang diberikan?
Mengapa kita sentiasa alpa dengan igauan dunia yang hanya sementara?
Mengapa kita sungguh jahil dengan pengetahuan tentang diriNya?
Mengapa kita mudah dirahsuahkan dengan kesenangan yang diberikan olehNya?
Mengapa?!!!!!!!!!!!!!!

Hakikatnya,
kita telah gagal untuk bergelar khalifah dibumi Nya
kita gagal untuk menghambakan diri kerna kita dijadikan manusia yang ada sifat angkuhnya...
kita tidak akan bersyukur kerna kita sememangnya tidak tahu bersyukur denganNya..
jangan ditanya kenapa..
kerna kita perlu tepuk dada tanya hati....

manusia yang tidak lari dengan kesilapan, itulah kebenarannya..
manusia yang tidak tahu menyesali dengan kesilapannya itu, m
aka mereka terdri dalam kalangan yang bongkak lagi jahil...

Ya, jahil...
kerna tidak tahu untuk kembali kepada jalan yang nyata,
kerna, telah dibutakan mata hati untuk kembali kepadaNya..

Itulah manusia...
marilah direnungi dengan apa yang tersirat disebalik kata ini..
kerna kadangkala kita perlu mengkaji dan meneliti siapakah kita di sisiNya...

Wednesday, November 11, 2009

langkah kananku,,,,,


Perjalanan baru bermula...
Aku memulakan langkah perjalanan ku dengan doa,
aku mengakhirinya juga dengan memanjat kesyukuran...
Jantungku,
nadiku,
beserta dengan kalimah Allah...
tiap langkahku juga dengan kuasaNya
Aku insan yang kerdil, yang baru menapak di alam nyata..
ku gagahkan jua langkahku semata mata keranaNya.
Tiap saat aku melangkah pergi, tika itu juga aku diuji dengan seribu satu ujian...
lorong yang berliku, yang mendewasakanku

Aku bukan sesiapa, dan tidak punyai apa apa,
namun disebalik ketidakpunyaanku ini...
aku mempunyai sumber kekuatan iaitu kaum keluargaku.

Ketidakkematanganku yang lalu, telah mendewasakan ku,
ketidakrasiaonalan ku juga telah membangkitkanku untuk menerima kegagalan dalam hidupku..

Ya Allah, aku insan yang naif lagi jahil,
tiada tempat aku bermohon melainkan Kau yang Maha Mengetahui,
kepada Kau jua aku berada disini..
Kau pimpinlah aku, kau berilah aku petunjukmu ,
agar aku tidak tersimpang jauh dari landasanmu.
Amin...